manuskrip

Syarat penulisan:

Pelawaan Kepada Semua!

Anda minat menulis? Mempunyai kemahiran menyusun ayat dengan baik? Anda dijemput menjadi sebahagian daripada ahli keluarga kami.

Kami mengalu-alukan menerima cadangan manuskrip daripada anda yang bijak bestari. Sila hantar kertas cadangan/manuskrip penuh anda kepada kami berdasarkan butiran berikut:

  • Tajuk buku
  • Sinopsis atau keterangan mengenai buku. Atau boleh sahaja menghantar manuskrip penuh (jika ada)
  • Sertakan 2 atau 3 bab berkenaan isu yang ditulis.

Kemudian emailkan kepada:

K[email protected]

Fokus penerbitan Karya Bestari

Kami mensasarkan penerbitan buku agama, motivasi agama, fiqh, akidah,ibadah, perbandingan agama, soal jawab hukum, sejarah, tamadun Islam juga tokoh ilmuwan Islam.

Buku yang bergenre indie islami juga ada kami terbitkan, dan karya ini lebih ringan bahan bacaannya berbanding fokus penerbitan yang telah dihuraikan di atas.

KAMI TIDAK MENERBITKAN BUKU KANAK-KANAK.

 Syarat lain yang berkaitan:

Proposal atau manuskrip penuh yang dihantar akan dinilai sama ada dari segi kandungan, jalan cerita, gaya bahasa, saingan jualan dan paling penting ia tidak PLAGIAT!

Tempoh Penilaian:

Kami akan menilai dalam masa 30 hari. Akan tetapi jika tidak mendapat jawapan dalam masa 60 hari, bermakna ia tidak diterima.

Cara Penghantaran:

Boleh menghantar melalui emel ini:

 K[email protected]

Terima kasih dan selamat berkarya!
ANDA MUNGKIN SUKA