Al-Quran banyak menceritakan mengenai umat terdahulu untuk menjadi pengajaran dan pelajaran kepada umat selepas itu sehinggalah hari kiamat. Antara cerita-cerita al-Quran adalah kisah tentang umat terdahulu yang telah dibinasakan dengan sebab-sebab tertentu. Allah Swt menyebut 8 kaum yang telah dibinasakan iaitu;
1. Kaum Nabi Nuh
2. Penduduk Rass
3. Kaum Tsamud
4. Kaum Ad
5. Firaun
6. Saudara-saudara Nabi Lut
7. Ashabul Aikah
8. Kaum Tubba’
Semoga dengan kemusnahan mereka menjadikan kita sebagai umat yang waspada!