Penulis memberikan 20 tip kepada pasangan suami isteri
yang mahu mencapai bahagia dalam rumah tangga mereka. Keluh kesah bukan caranya
mendepani masalah dan ujian yang melanda, tetapi berusaha untuk mengatasinya.
Seperti kata penulisnya:
Kalau
kahwin semata-mata kerana hendak memenuhi nafsu, kerana mengharapkan bahagia,
mengharapkan gembira, maka dia pasti akan kecewa dan berasa tidak berbaloi
dengan segala bebanan, tanggungjawab, masalah yang dihadapinya.
‘Not what I expected’
atau ‘saya tak sangka akan jadi macam ni’ ialah ayat biasa yang akan keluar.
~ Emran Ahmad ~