Kitalah khalifah buat jiwa sendiri, pemimpin bagi yang mengikuti, mentadbir
kemakmuran di bumi dan beribadat hanya pada-MU, Ya Rabbi. Amanah sebagai
khalifah-NYA diberi tanpa mengira jantina, harta, pangkat, rupa mahupun warna
kulit. Betapa istimewa kita, bertambah beruntungnya kerana kitalah umat yang
bakal memiliki syafaat baginda di akhirat sana.
Wahai kaum Adam… engkaulah pemegang amanah terbesar buat ibu, isteri,
anak-anak dan saudara perempuanmu. Dipertanggungjawabkan pada setiap keputusan
yang diambil mahupun sebaliknya. Tidak akan terlepas tanpa disusuli dengan
soal jawab dan bakal diganjari kebaikan. Didiklah wanitamu dengan keimanan.
Bukannya melalui harta ataupun pujian.
Aduhai kaum Hawa… taatilah khalifahmu. Setelah diijabkabulkan, syurga yang
berada di telapak kaki ibu bertukar di bawah limpahan kasih suami. Usah
ditangguh lagi untuk membuat ‘tempahan’ menjadi penghuni jannatul firdausi.
Akurlah dengan tuntutan agama agar khalifahmu tidak dizalimi api neraka akibat
menanggung dosamu.
DIA KHALIFAH HIDUPKU menuntun kita memuhasabah diri. Jadikan Rasulullah SAW dan
pemimpin mukmin terdahulu sebagai idola dalam kita melayari kehidupan sebagai
khalifah-NYA.
Antara Kandungan Menarik:
- Wasiat Imam Kami
- Mengenali Selepas Dikenali
- Tika Waktu Pandai Cemburu
- Terapi Mengawal Kemarahan
- Keindahan Bukan Disewa Sehari
- Ini Jodoh Kita, Ini Rancangan DIA
- Layakkah Daku Sebagai Seorang Umatmu?
- Janganlah Berperang, Kembalilah Bertenang!
- Kusujud Di Telapak Kakimu, Kusujud Di Syurgaku
- Aku Terima Nikahmu, Sanggupkah Dikau Hidup
Bersamaku?