Anakku... Hidup Sekali Biar Bererti
Anwar Nursi
RM 18
SINOPSIS
Dunia hari ini terlalu mencabar dan banyak rintangan yang perlu dilalui. Hanya mereka yang kuat iman dan takwa sahaja akan berjaya mengharungi mehnah mendatang. Dunia juga sudah terlalu tua dan tiba masanya akan ‘pergi’ jua. Andai tiada bekalan dibawa, rugilah insan yang menjejakkan kaki ke akhirat nan abadi.

Kita, ada kalanya alpa dalam arus kemodenan hari ini. Hanya peringatan daripada ibu dan ayah menjadi paksi kekuatan diri untuk terus berada di landasan hakiki. Doa mereka menjadi sebab rahmat ILAHI bertandang dalam kehidupan, kasih sayang mereka jua tidak pernah surut. Sungguh, jasa mereka terlalu banyak dan tidak terbalas dek kita.

ANAKKU... HIDUP SEKALI BIAR BERERTI merupakan sebuah catatan cinta insan rabbani yang amat menyayangi kita. Hayatilah apa yang tercatat, selamilah apa yang terlafaz, pasti ketemu mutiara indah sebagai pegangan dalam mengharungi pancaroba hidup. Ambillah segala teguran kerana ia menuntun kita ke arah bahagia hakiki dan bukan merugi. Beruntunglah mereka yang beramal dengannya dan rugilah bagi yang ingkar.
FORMAT
Buku
ISBN-13
978-967-86-0393-5
TARIKH TERBIT
22 Mei 2012
MUKA SURAT
BERAT
400 gram
KOMEN
ANDA MUNGKIN SUKA