Awas Ancaman Orientalis Kepada Kita
Mohd Fikri Che Hussain
RM 18
SINOPSIS
ORIENTALIS menjengah dunia dengan matlamat untuk mendalami ilmu ketimuran. Kehadirannya untuk memperkasa ilmu sedia ada dirai sarjana seluruh dunia. Lalu… khazanah Dunia Timur mula dibongkar dengan penuh teliti. Dan tentulah Islam serta masyarakatnya yang menjadi kajian utama. 

Namun, para orientalis ini tidak semuanya hadir dengan matlamat untuk mengkaji secara objektif. Suntikan pandangan peribadi yang menyeleweng daripada fahaman Islam sebenar menular dengan rancaknya di dalam karya-karya mereka. Tidak dapat dinafikan yang kehadiran mereka ini hanya menambahkan kecelaruan dalam keilmuan Islam. Kesannya terpalit pada pemikiran generasi Islam yang gagal untuk memahami agama ALLAH ini dengan baik. 

Kebergantungan pada sumber-sumber orientalisme mula mengambil alih peranan ulama yang berkaliber. Natijahnya, naskhah-naskhah berharga warisan mereka mula berhabuk dimamah masa. Namun akhirnya, bangkit sekumpulan pemikir Islam yang mula mempertikaikan keberadaan orientalis dalam keilmuan Islam ini. Matlamatnya satu, muslim mesti kembali pada ajaran Islam sebenar! 

ANTARA KANDUNGAN MENARIK:
  • Sejarah Kemunculan Orientalis
  • Perkembangan dan Matlamat Gerakan Ini 
  • Kaedah Asas dalam Pengajian Orientalisme
  • Kegawatan dan Kemunduran Kajian Ketimuran
  • Orientalis dan Pandangannya Terhadap Islam
  • Pengaruh Orientalisme Pada Dunia Islam
  • Oksidentalisme VS Orientalisme
  • Kebangkitan Pemikir Islam
FORMAT
Buku
ISBN-13
978-967-86-0382-9
TARIKH TERBIT
21 Mei 2012
MUKA SURAT
BERAT
400 gram
KOMEN
ANDA MUNGKIN SUKA