Hati dalam konteks buku ini bermaksud jiwa, kalbu atau sanubari. Ia membabitkan batin seperti perasaan, fikiran serta cita-cita yang terkandung di dalam hati kita. Cipta pula bermaksud..." />
Cipta Syurga Hati
DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
RM 15
SINOPSIS
Hati dalam konteks buku ini bermaksud jiwa, kalbu atau sanubari. Ia membabitkan batin seperti perasaan, fikiran serta cita-cita yang terkandung di dalam hati kita. Cipta pula bermaksud kekuatan yang ditolak oleh kekuatan berfikir dan kekuatan berinovasi.

Jadi, pengisian CIPTA SYURGA HATI adalah satu usaha mencipta sesuatu yang tidak dapat dilihat dalam bentuk benda tetapi boleh diterjemahkan melalui peribadi yang molek, menarik, betul, patut lagi munasabah. Ia bertujuan mendamaikan jiwa untuk melalui hidup seadanya. Yakinlah bahawa syurga di hati mampu dibentuk bergantung pada kesediaan hati itu sendiri.

Misi buku ini dalah memberikan kita rasa bahagia seakan syurga sebagaimana ungkapan rumahku syurgaku. Justeru, kita akan dapati banyak hujah DR.HM TUAH ISKANDAR al-HAJ berpaksikan pendirian suci ini apabila mengetengahkan satu-satu persoalan untuk mencipta syurga di hati di dunia yang bakal fana ini. Moga-moga ilmu yang dikongsi ini dapat dimanfaatkan bersama.
FORMAT
Buku
ISBN-13
978-967-86-0345-4
TARIKH TERBIT
21 Mei 2012
MUKA SURAT
BERAT
400 gram
KOMEN
ANDA MUNGKIN SUKA