Angka 3333: Teori Konspirasi Covid19. Betul ke?


Sejak tempoh PKP dijalankan ‘Jabatan Nitizen Negara’ sangat  aktif dalam media sosial. Macam-macam  perkara yang dikongsi resipi, maraton drama, tip masaka dan banyak lagi. Maklumlah sejak duduk rumah mak-mak yang tak pandai masa terus jadi hebat menyediakan juadah untuk keluarga. Inilah orang kata hikmah di sebalik ujian.

Tapi dalam seronok tekanbutang kongsi tu, ada yang terlupa tentang betul atau salah fakta yang disebar. Sampai terlupa di hujung jari itu ada penentu  sama ada dapat dosa atau pahala. Lagi-lagi dengan situasi hari ini. Semua perkara nak dikongsi dan jadi orang pertama kongsi berita adalah  paling hebat!

Semalam, Pencetus Ummah Raihan telah memberi pencerahan tentang isu ramalan Covid19 melalui al-Quran yang sedang hangat diperkatakan oleh nitizen. Berikut perkongsian PU Raihan,

.

Al-Quran bukan kitab RAMALAN atau TILIKAN!

Ada yang sudah mula berbicara tentang tarikh hari ini 3 April, 3 kematian baru akibat COVID-19 dan 3333 jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia.

Ada pula yang cuba berteori 3333 jumlah jangkitan dengan Ayat 33 pada surah ke-33 di dalam Al-Quran.

Mengaitkan nombor surah dan nombor ayat Al-Quran dengan jumlah jangkitan COVID-19 jelas satu penyelewengan dari kaedah sebenar penafsiran Al-Quran yang dibawa oleh para Ulama’ Mufassirin.

Takwilan ini BATIL, mempercayainya HARAM dan menyebarkannya juga HARAM.

Jawapan bagi Firman Allah SWT :

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu”

(Al-Ahzab: 33).

Yang dimaksud dengan ayat di atas hendaklah wanita supaya berdiam di rumahnya dan tidak keluar melainkan ada keperluan.

Sedangkan maksud berhias seperti tingkah laku orang Jahiliyyah adalah jika seorang wanita keluar di hadapan lelaki Ajnabi.

Antara cara berdandan wanita zaman Jahiliyyah adalah dengan menampakkan leher, anting-anting dan kalung mereka.

Yang pastinya tiada kaitan langsung dengan COVID-19, apatah lagi PKP!

 

Karya bestariTeori 333Covid19
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });