10 CARA LATIH ANAK LELAKI BUAT KERJA RUMAH SEPANJANG CUTI PKP


Dalam keluarga, maklah yang paling gembira apabila dikurniakan anak perempuan. Yalah, boleh bantu ibu bila besar nanti. Tapi mak-mak yang tak punya anak perempuan janganlah bersedih pula ya. Yang penting syukur selalu sebab apa sahaja yang dikurniakan Allah kepada kita adalah yang terbaik.

Bagi mak-mak yang tak punya anak perempuan dalam keluarga, janganlah bersedih hati. Cuba baca kisah Nabi kita, Muhammad Saw, baginda banyak membantu isteri melancarkan pengurusan rumah tangga. Baginda langsung tidak mengharapkan isterinya menyediakan kelengkapan dari A-Z tetapi baginda sendiri yang melakukan kerja rumah tanpa paksaan.

 Jadi, satu kelebihan buat mak-mak yang ada anak lelaki ialah mak-mak boleh melatih anak itu supaya berdikari dan dapat membuat kerja rumah.

Sebenarnya cuti PKP inilah waktu sesuai untuk melatih anak lelaki melakukan kerja rumah selain melatih anak perempuan menyempurnakan urusan kerja rumah.

Berikut adalah tugas yang boleh mereka lakukan sebagai permulaan, dan task ini sesuai buat anak yang berumur seawal dua tahun dan ke atas;

  1. Mengemas mainan sendiri
  2. Membersihkan dan menjaga haiwan peliharaan
  3. Mengemas katil selepas bangun dari tidur
  4. Menyiram pokok
  5. Menyidai kembali tuala selepas mandi
  6. Menyiapkan adik-adik selepas mandi (contohnya:sikat rambut dan meletakkan bedak)
  7. Memasak nasi
  8. Membuang sampah
  9. Mencuci pinggan mangkuk
  10. Membersihkan tandas
  11. Meletakkan kain kotor ke dalam bakul
  12. Menyapu kotoran dalam rumah
  13. Menyusun pinggan di rak
  14. Memasukkan air di dalam botol dan masukkan ke dalam peti
  15. Mengangkat jemuran

 

Kerja rumah karya bestari anak lelaki
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });