MENCURI DALAM SOLAT?


Gambar hiasan

Tamakninah termasuk salah satu daripada rukun solat. Solat tidak dianggap sah tanpa ada tamakninah. Tamakninah bermaksud berhenti atau berdiam sebentar ketika mendatangi rukun-rukun solat.

Syeikh Dr. Abdul Razzaq al-Badr menyatakan bahawa orang yang tidak meluruskan tulang belakangnya dalam rukuk dan sujud (tamakninah), maka solatnya tidak sah dan dia wajib mengulanginya semula.

Disebabkan itu para ulama memasukkan empat tempat tamakninah sebagai rukun solat iaitu ketika rukuk, bangun daripada rukuk, sujud, duduk antara dua sujud kerana kebiasaannya di situlah tempat sebahagian orang tidak menjaga tamakninahnya dalam solat.

Nabi SAW bersabda:
“Sejahat-jahat pencuri adalah yang mencuri dalam solatnya.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah mencuri dalam solat?” Rasulullah SAW berkata, “Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (HR Ahmad no 11532, Sahih)

Tidak melakukan tamakninah dengan sempurna boleh menjadikan solat tidak sah dan wajib mengulanginya. Maka Nabi SAW menyifatkan mereka sebagai pencuri bahkan lebih teruk daripada pencuri harta.

Solat tidak sah
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });