5 ILMU MAHAL DARIPADA DATUK PROF MUHAYA BUAT IBU BAPA!


Saya ke rumah Datuk Prof Dr Muhaya semalam. Ada meeting sikit di rumah Prof jadi alang alang meeting saya korek korek la rahsia dan ilmu mahal daripada Prof sekali.

Supaya ilmu tu tak mati dan terhenti pada saya seorang sahaja jadi saya nak kongsi la ilmu tu pada anda semua.

Ilmu Mahal 1 : Langkah pertama nak jadi ibu yang bahagia dan positif adalah dengan Self Awareness

- maksudnya adalah langkah pertama kena AWARE dulu dengan sifat negatif dalam diri. Dah sampai level mana dah negativity dalam diri?

Nak tengok kita negatif ke tak tengok diri kita bila jumpa pengemis. Kalau kita masih ada rasa meluat, marah dan nak maki tu bermakna tahap negativity dalam diri kita masih sangat tinggi. Kalau kita rasa ' mesti ada story di sebaliknya kenapa dia jadi macam tu' itu maknanya kita di tengah tengah tapi kalau kita rasa happy sangat sebab Allah datangkan peluang untuk kita bersedekah tu tandanya positivity dan self awareness kita sedang tinggi!

Ilmu Mahal 2 : Apa nak buat bila kita mudah trigger nak marah anak je? Tengok dalam diri kita, mungkin kita ada Childhood Trauma yang belum diubati.

- Cuba pejam mata dan ingat balik umur kita masa 0-7 tahun. Jangan jangan kita juga dulu dimarahi dan dikasari oleh orang lain hingga meninggalkan PARUT EMOSI. Parut emosi ni perlu disembuhkan dahulu (Self Healing) . Cara terbaik nak sembuhkan adalah dengan memaafkan mereka yang pernah melukakan emosi kita suatu ketika dahulu.

Ilmu Mahal 3 : Apa lagi nak kena buat bila kita rasa mudah nak marah anak? Pertama kita kena banyak buat Breathing

- Cara nak buat Breathing macam mana? Caranya adalah dengan tarik nafas 4 saat. Pastikan perut kita mengembung masa tarik nafas tu ( abdominal breathing). Tahan nafas 7 saat dan hembus 8 saat. Ingat formula 478 tu.

Ilmu Mahal 4 : Kalau rasa nak marah lagi bila tengok anak kita tu? Gunakan teknik Visualisation

- Nak bayangkan apa tu? Bayangkan kembali wajah anak kita masa kita paling sayang mereka atau ketika mereka masih bayi lagi. Bayangkan ini akan menghapuskan dan memadamkan rasa marah kita dengan sangat cepat!

Ilmu Mahal 5 : Macam mana nak capai sesuatu dalam hidup kita? Prof Dr Muhaya bagitahu 1 satu rahsia besar semalam. Saya kongsi kat anda je ni. Prof kata 'hypnotise yourself'

- Macam mana cara nak 'hypnotise yourself' tu? Caranya mudah sahaja. Buat group whatsapp kita sendiri. Tekan butang voicenote tu dan bagi voicenote pada diri sendiri di dalam group tu.

Contohnya kalau nama kita Fatimah. Cakap je macam ni, " Fatimah orang yang baik. Fatimah ibu yang sangat penyayang. Fatimah pandai berbisnes. Fatimah seorang jutawan. Fatimah suka jaga solat 5 waktu "

Ulang dengar voicenote tu setiap pagi dan rasakan sendiri perubahan pada diri kita. Cuba sendiri dan tolong bagitahu ilmu ni pada keluarga kita juga. Ia mungkin akan mengubah hidup mereka buat selama lamanya.

 

Artikel asal: Dr. Taufiq Razif

ilmu buat ibu bapa
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });