BAGAIMANA MAHU MENDIDIK SABAR DALAM DIRI?


Pertama, belajarlah untuk memaafkan kekurangan orang lain yang mengundang kemarahan kita. Yakinlah bahawa setiap orang memiliki kekurangan yang perlu dibaiki termasuklah diri kita.

Kedua, sentiasa positif dan belajar untuk menerima setiap apa yang berlaku pada diri.

Ketiga, sentiasa mendekati orang berilmu dengan harapan kita juga mendapat tempias daripada ilmu yang mereka miliki.

Keempat, banyakkan membaca. Ini kerana melalui membaca akan menemukan kita dengan pelbagai ilmu yang dapat memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba-Nya.

Kelima, sentiasa bersedia untuk menerima apa sahaja takdir daripada Allah kerana apa yang terjadi tidak sia-sia.

BUKU BERKAITAN
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });