"SAMA-SAMA BERINGAT YE MAK AYAH."


Apabila kita membawa anak-anak makan di kedai, ada beberapa perkara yang perlu diambil peduli untuk memastikan kita sendiri, pelanggan lain dan pekedai berpuas hati. Perkara sebegini sering terjadi tanpa kita sedar. Jadi tolong sama-sama jaga perilaku anak-anak ya semasa makan di kedai kerana ia menunjukkan juga adab kita sebagai Melayu Muslim. Di antaranya:

  • Pastikan anak-anak kita tidak mengganggu pelanggan lain.
  • Sesetengah kedai makan menyediakan order sheet dan pensel di atas meja. Jadi, jangan biarkan anak-anak menconteng atau mengoyak order sheet itu. Kertas itu digunakan untuk tulis order makanan bukannya untuk belajar tulis ABC, melukis atau lipat-lipat buat kapal!
  • Emak ayah jangan khusyuk sangat menghadap handphone tu. Tengok sama anak-anak ada di sebelah kita atau tengah berlari-lari. Paling risau kalau diorang tengah kacau perhiasan dalam kedai itu terutama mengetuk cermin akuarium ikan! Pecah nanti macam mana dik.
  • Kalau ada bekas sudu, garpu dan chopsticks, tolonglah jangan bagi anak-anak buat main. Tolonglah concern sikit pasal hygiene sebab benda-benda itu untuk kegunaan pelanggan seterusnya nanti.
  • Ya betul, anak-anak kecil kadang-kadang memang makan bersepah sikit. Ada yang tumpah atas meja, ada yang berterabur di lantai. Tapi emak ayahkan ada? Tengok-tengoklah anak tu makan. Kalau perlu disuap, suap saja anak-anak tu. Dapatlah juga bonding time dengan diorang selain daripada makanan tak membazir. Memanglah pekerja kedai tu nanti akan bersihkan, tapi at least emak ayah dapat ajar anak-anak tentang adab makan mesti dijaga tak kira makan di mana-mana pun.
  • Kalau makan bufet pula, pastikan anak-anak tidak membazir dengan makanan yang mereka ambil. Biar sikit-sikit tak cukup boleh tambah. Jangan sekali ambil banyak tapi makan tidak habis.
  • Apabila sudah siap makan dan hendak balik, ringan-ringankanlah tangan emak ayah untuk kemas sikit apa yang patut di atas meja itu. Janganlah dibiarkan macam tongkang pecah! Malu bila orang lain tengok. Takut juga nanti dikatakan “Kalau di kedai makan pun bersepah macam ni, di rumah macam manalah pulak ye?”

Jadi, lepas ini kita sama-samalah jaga adab kita di kedai makan, okay.

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });