PERSEDIAAN SUAMI ISTERI: Sama ada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan...



Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya sama ada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan...

1. Mesti tahu dan faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.

2. Sentiasa berdoa supaya kita dan pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.

3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kepada pasangan password hp, email, myeg & pin no kad2 ATM dan lain-lain. Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit2 yang ada. (Wp begitu semua duit perlu diagihkan mengikut faraid.)Sebaik sahaja kita daftar untuk dptkan sijil kematian, semua akaun akan dibekukan.

4. Buat salinan ic pasangan, sijil kematian, surat permit pengkebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak & ic anak2. Dokumen2 ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file berserta salinan original. Bawa file ini bila mbuat semua urusan berkaitan.

5. Maklumkan kepada pasangan semua tanggungan (bil2 bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang2 etc) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan banyak urusan untuk uruskan hutang2 & harta2 yang ditinggalkan.
“Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yg meninggal akan lebih susah jika hutang2 & harta2 tidak diurus dengan segera”
Jika kita betul2 sayangkan pasangan kita, dua perkara inilah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.

6. Hubungi bank2 yang berkaitan supaya outstanding bil tidak dikira faedahnya. Kita juga boleh claim khairat kematian daripada bank/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit utk claim. EPF dlm tempoh 6 bulan tapi Bank Rakyat dalam masa tiga bulan sahaja. Kalau lewat, hangus)
Pastikan juga semua akaun di atas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir.
*SOCSO ada pencen bulanan untuk waris

7. Kepada isteri-isteri, belajar mengenai IDDAH.
Tempoh iddah adalah 4 BULAN 10 HARI. Bukan 44 hari ye?

8. Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yang berhak ke atas harta yang ditinggalkan dan berapa banyak yang perlu diagih2kan. PENAMA bukanlah bermakna harta ditinggalkan seratus peratus kpd mereka. Penama WAJIB menguruskan pembahagian harta mengikut syariat yang telah ditetapkan. Jangan sampai termakan harta ANAK YATIM!

9. Jika berkemampuan, mencarumlah dengan mana2 takaful utk semua pinjaman bank, diri sendiri & keluarga. Wang tuntutan takaful boleh membantu melangsaikan hutang2, meneruskan kelangsungan hidup serta boleh disedeqahkan/diinfaqkan atas nama pasangan.
*Money is not everything, but everything needs money*

10. Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga & sesiapa sahaja. Insya-Allah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan & tidak berdaya.

11. Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu2 lagi sebab malaikat maut boleh datang menjemput kita pada bila2 masa sahaja. Panggil pasangan & bincangkan perkara ini.

Dengan sedikit perkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri2) tidak akan hilang punca.

Allahua'lam.

Kredit: solah hiyah mohd idris


ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA