Tiga Tragedi Ini Kerap Menimpa Orang Yang Hendak Menjadi Baik


Ustaz Pahrol Mohamad Juoi | 30-09-2019

Tiga tragedi ini kerap menimpa orang yang hendak menjadi baik. Justeru, syaitan itu kreatif, jika kita hendak berjalan, ditahannya. Tetapi jika kita terus berjalan, maka ditipunya dengan berjalan terlalu laju... sehingga kita jatuh atau terbabas.

Tiga tragedi orang yang hendak jadi baik itu ialah:

1. Sudah pulang sebelum pergi.
Apabila dilihatnya begitu sukar untuk melalui jalan untuk jadi manusia yang baik, lalu dia berputus asa sejak awal lagi. Dia pun berhenti, sebelum bermula.

2. Berhenti di pertengahan jalan.
Dia merasai pedih dan peritnya mujahadah melawan keinginan hawa nafsu, lalu dia berhenti di tengah jalan. Sering kalah dalam mujadah menyebabkan dia mengalah, lalu berhenti di pertengahan jalan.

3. Berasa dirinya sudah baik.
Ramai yang dulunya pendosa, setelah menerima ketukan hati untuk berubah, maka dia pun berubah. Baru sahaja berubah, disangka dia sudah jadi manusia yang baik.

Lalu dia jadi sombong dengan perubahannya dengan menghina orang yang berbeza pandangan dengannya. Guru, kumpulan dan kaedahnyalah satu-satu yang terbaik, lalu menuduh semua orang salah. Terlupa, dia sendiri pun belum istiqamah dan ikhlas berubah.

Sumber FB: Pahrol Mohamad Juoi

BUKU BERKAITAN

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA