Lihat Kekurangan Diri Sendiri


Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani | 06-08-2019

Daripada seorang bijak pandai pernah berkata;

“Adanya tuntutan terhadap keadilan adalah kerana jarangnya wujud keadilan”

Kenapa wujudnya tuntutan untuk mendapatkan keadilan? Kerana keadilan itu jarangnya kita peroleh. Saya nak sebutkan gambaran bahawa kenapa terjadinya diri seseorang itu yang mahukan kepada keadilan dalam hidup. Jawapannya adalah kerana jarang sangat dapat yang sempurna pada diri seseorang.

Ada beberapa pandangan daripada beberapa ulama yang lain yang telah mengatakan;

“Jika kita sendiri tidak dapat menerima diri kita sendiri lalu bagaimana boleh kita menerima orang lain.”

Kalau kita sendiri tak boleh terima hakikat diri kita, bagaimana kita nak menerima perangai dan sikap orang lain. Cuba kita buat rakaman perjalanan hidup kita. Selepas habisnya rakaman, cuba kita tayang balik semua rakaman tentang diri kita. Saat melihat kembali rakaman itu, pasti kita akan tersenyum melihat diri kita. Melihat gelagat diri kita. Kita pasti akan berasa diri ini teruk kerana dalam rakaman itu, kita boleh melihat kekurangan dalam diri kita. Kalau diri kita sendiri pun ada kekurangan, ada kelemahan dan sebagainya, mengapa kita tak boleh terima tentang kekurangan orang lain?

Seorang ahli ilmu balaghah pernah berkata:

“Janganlah hanya kerana satu aib yang tersembunyi ataupun dosa kecil yang sebenarnya dapat ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak, kita menjadi jauh dari seorang yang pernah kita puji latar belakangnya, yang pernah kita terima kehidupannya, yang pernah kita ketahui kemuliaannya dan yang pernah kamu ketahui kemampuan berfikirnya. Sesungguhnya engkau selamanya tidak akan mendapat teman yang bersih tanpa kelemahan dan tidak pula pernah melakukan satu kesalahan dalam hidup” Maknanya kalau kita berkawan dengan orang, janganlah kita berharap kita boleh berjumpa dengan orang yang sempurna.

Dalam hidup kita, kalau kita nak cari orang yang sempurna, kita tidak akan dapat menjumpainya. Kita akan dapati ada sahaja kelemahannya, ada sahaja kekurangannya. Misalnya kawan kita. Boleh dikatakan semua perkara tentang dirinya elok, tetapi dia ada kelemahan dari segi pengurusan masa. Masa berjanji itu pasti ada masalah. Kawan kamu itu seorang yang tidak menepati masa. Akan tetapi kita tidak boleh nampak keburukannya sahaja. Lihatlah kebaikannya yang sebelumnya itu. Mungkin dia seorang lambat tetapi dalam kelewatannya itu, mungkin dia membawa buah tangan, atau mungkin dia datang dengan penuh senyuman.

Oleh kerana itu cerminlah diri kita sendiri. Sesudahnya selepas pada kita menilai orang lain, kita tengoklah diri kita pula, pertimbanglah diri dengan pandangan yang objektif. Cuba kita tengok dengan penuh kesaksamaan dalam kita menentukan sesuatu urusan dan janganlah kita nilanyai dengan pandangan seenak kita sendiri, jangan menilainya dengan sesuka hati kita, Jangan!

Jangan sesekali kita menilai orang dengan pandangan hawa nafsu kita, tetapi nilailah orang dengan pandangan agama yang menilai pada diri kita. Sesungguhnya pertimbangan kita terhadapnya dan juga penilaian kita kepadanya akan membantu kita untuk mendapatkan apa yang kita inginkan dan membuatkan kita bersikap menyantun terhadap orang yang berbuat kesalahan ini sendiri.

Artikel ini dipetik daripada buku Mohonlah Redha Ilahi tulisan Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });