ADA APA DENGAN 10 ZULHIJAH?


Esok kita akan memasuki bulan Islam yang terakhir iaitu Zulhijah. Ia antara bulan yang menjadi perhatian ramai umat Islam selain bulan Ramadan yang telah berlalu dua bulan yang lepas.

Ada apa dengan 10 hari pertama di bulan Zulhijah?

Selain daripada ganjaran besar bagi mereka yang dapat menunaikan rukun Islam yang kelima, Allah juga memperuntukkan waktu yang istimewa buat umat Islam yang lain mendapat fadhilat dan ganjarannya.

Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

Maksudnya : “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijah-.”Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.” – Riwayat al-Bukhari (969), Abu Daud (2438), Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757).

Ibnul Qayyim rahimahullah dalam kitab Zaadul Ma’ad telah berpendapat,

“Sepuluh malam terakhir bulan Ramadan lebih utama dari sepuluh malam pertama dari bulan Zulhijah. Dan sepuluh hari pertama Zulhijah lebih utama dari sepuluh hari terakhir Ramadan. Dari penjelasan keutamaan seperti ini, hilanglah kerancuan yang ada. Jelaslah bahwa sepuluh hari terakhir Ramadan lebih utama ditinjau dari malamnya. Sedangkan sepuluh hari pertama Zulhijah lebih utama ditinjau dari hari (siangnya) kerana di dalamnya terdapat hari nahr (qurban), hari ‘Arofah dan terdapat hari tarwiyah (8 Zulhijah).”

Antara amalan yang boleh dilakukan sepanjang 10 hari pertama Zulhijah ini:

  1. Menunaikan haji dan umrah.
  2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya, terutamanya pada hari Arafah.
  3. Bertakbir (Allahuakbar) dan berzikir pada-Nya.
  4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa
  5. Memperbanyakkan amalan-amalan baik. Misalnya membaca al-Quran, mencegah kejahatan, membaca al-Quran dan lain-lain. Ini kerana, pahala pada hari tersebut akan digandakan.
  6. Bertakbir pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan solat lima waktu secara berjemaah.
  7. Disyariatkan amalan korban pada hari raya Aidiladha dan hari-hari tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Adapun amalan yang disebut masih lagi ditambahbaik dan tidak terhad kepada yang disebut sahaja. Mudah-mudahan amalan yang kita lakukan itu mendapat pahala yang berganda, seterusnya diredhai Allah Swt.

 

 

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });