10 PERKARA YANG ISTERI MAHUKAN DARIPADA SUAMI


Lagikan lidah pun tergigit apa lagi suami isteri. Begitulah juga dengan rumah tangga. Tiada pasangan yang tidak diuji kerana dengan ujianlah dapat dilihat sejauh mana setiap pasangan itu dapat bertahan.

Ujian dalam rumah tangga sangat rencam. Ada yang seakan tidak mampu untuk dihadapi tetapi akhirnya tetap dapat bertahan sehingga ke anak cucu. Itupun disebabkan adanya persefahaman antara suami dan isteri. Andainya tiada, sukarlah sesebuah hubungan itu dapat bertahan.

Namun ada beberapa perkara yang sering dijadikan topik perbincangan. Iaitu ada suami yang sukar memahami seorang isteri

Ah, perempuan sifatnya complicated kata suami.

Oh itu alasan. Sebelum berkahwin tiada pula istilah sebegini. Sekarang tiba-tiba sahaja timbul isu begini?

Di mana janji sebelum kahwin dahulu yang mahu hidup semati dan setia serta mahu memahami setiap perkara yang akan dilalui?

Ketahuilah suami ini sebenarnya yang isteri perlukan saat engkau enak di sofa bermain hand phone tetapi dia pula lincah berkecah di dapur menyiapkan makanan untukmu.

 

Perhatikan satu per satu perkara ini:

  1. Isteri mahu bantuan daripadamu ketika dia sibuk dengan anak. Jangan hanya bekerjasama ketika mahu ‘membuat’ anak sahaja. Menjaga anak juga harus bersama-sama.
  2. Memuji isteri dalam setiap kebaikan dan kerja yang dilakukan. Malah, isteri akan cemburu jika suami memuji wanita lain yang melakukan perkara sama sepertinya.
  3. Isteri mahu suami memberi sokongan kepadanya. Suami adalah ‘sahabat’ isteri yang paling dekat. Sentiasalah bersamanya saat dia memerlukan.
  4. Isteri perlukan sentuhan. Dalam erti kata lain sentuhan kasih sayang. Sentuhan yang membuatkan dia berasa selamat. Sedihnya jika sentuhan hanya berlaku disebabkan tuntutan nafkah batin.
  5. Isteri mahukan komitmen dalam urusan keluarga. Jangan sampai timbul ‘hal keluarga kau aku tak campur’. Ingat, perkahwinan bukan hanya satu pasangan yang terlibat tetapi termasuklah ahli keluarga.
  6. Memahami setiap emosi mereka yang wujud. Isteri akan berasa nyaman daripada tekanan saat suami memahami apa yang ada jauh dar sudut hatinya. Maka berbincanglah semoga bertemu jalan penyelesaian.
  7. Berkomunkasi. Bercakaplah dengan pasangan bukan dengan gajet!
  8. Memiliki suami pemaaf.
  9. Mengimpikan suami menjadi contoh dan model yang terbaik untuk keluarga. Bukannya suami yang memarahi anak yang merokok tetapi bibirnya asap berkepul. Begitu kah?
  10. Suami romantis. Isteri akan bahagia dan hubungan rumah tangga akan sentiasa utuh dan berkelalan hendaknya.

 

Mudah-mudahan perkara ini dapat memperbaiki hubungan rumah tangga yang semakin sejuk dan menuju keretakan.

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });