PERKARA INI BUAT HATI JADI LALAI


Bagaimana dikatakan hati lalai?

Hati yang tidak ingatkan Allah kah?

Atau hati yang sudah keras hingga melupakan kebaikan dan kebajikan yang pernah dilakukan suatu ketika dahulu?

Berikut adalah kupasan daripada Safiudin Abdul Advis tentang sifat lalai berdasarkan perkongsian daripada Ustaz Pahrol Juoi.  

Tanda-tanda lalai antaranya:

  1. Kurang membaca al-Quran.
    2. Kurang berzikir.
    3. Lalai dalam solat, kurang ingat kepada Allah:
    - Tidak fokus
    - Sering terlupa bilangan rakaat
    - Melewatkan solat
    - Kurang solat jemaah
    4. Banyak membuang masa untuk hiburan, sukan dan di meja makan serta menonton TV.
    5. Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
    6. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia; mudah stress.
    7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.
    8. Tidak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram.
    9. Tangguh untuk bertaubat.
    10. Malu untuk belajar agama.
    11. Bangun fikir nak makan apa dan apa aku nak buat hari ini.

Ada juga Ustaz sebut:

"Jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat jarak kita dengan Al-Quran."

Pesan Ustaz:

Beli al-Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan al-Quran itu, "kita nak bersahabat dengan dia. (hendak baca)."

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat lalai:

1. Kurang semangat hendak beribadah, tidak suka membaca al-Quran.
2. 'Bunuh' kebaikan yang kita buat, kita tidak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.
3. Hilang fokus dalam hidup.
4. Mudah lesu, buntu, sentiasa rasa esok masih ada dan suka tangguh beribadah serta kerja soleh.

Sebab-sebab lalai:

1. Mengulang dosa kecil sehingga menjadi kelaziman.
2. Berkawan dengan orang yang lalai.
3. Berada dalam persekitaran 'rosak'. (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah.
4. Tidak berzikir.
5. Terjerat dalam perancangan licik musuh Islam. (Contoh: Berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem yang melalaikan dan lain-lain.

Cara-cara mengatasi lalai:

  1. Cari sahabat yang baik dan soleh.
    2. Hadiri majlis ilmu.
    3. Bangun malam untuk solat tahajud.
    4. Banyakkan zikir dan taubat.
    5. Rajin membaca al-Quran.
    6. Bersangka baik pada orang lain. 
    7. Pemaaf.
    8. Ingat mati.
    9. Kurangkan makan.
    10. Amalkan sunnah Nabi saw (selawat).
    11. Bersabar bersyukur dan bertawakal.

 

Naskhah ini juga dapat membantu memperbaiki diri: https://www.karangkrafmall.com/allah-hidup-matiku-hanya-untuk-mu

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });