Ustaz Hanafiah terus berdakwah walaupun diuji dengan kanser Limfoma. 'ALLAH KAN ADA'


Mendengar namanya sahaja sudah gerun. Apa lagi mereka yang sedang bertarung dengannya. Betapa hebatnya insan yang terpilih untuk diuji kerana di situlah permulaan untuk melatih diri sama ada redha atau sebaliknya terhadap ujian yang menimpa.

Kita pernah dikejutkan dengan berita apabila salah seorang pendakwah bebas diuiji dengan Kanser Limfoma, iaitu ustaz Hanafiah Malek. Akan tetapi ujian itu tidak pernah menghentikan kerja-kerja dakwah beliau, sebaliknya tetap tabah meneruskan aktiviti tersebut seperti biasa.

Kata beliau, penyakit yang ada padanya itu dianggap sebagai ‘hadiah’ yang diberikan daripada Allah kepada beliau untuk disyukuri, bukan ditangisi. Malah, beliau turut berkongsi beberapa tip agar mereka yang diuji sentiasa positif dan tidak berada dalam perasaan kecewa.

 

"Hadiah tidak selalunya dibalut dengan pembungkus yang cantik. Adakalanya dibalut dengan kedukaan tetapi di dalamnya subhanaallah, penuh dengan cahaya keimanan."

 

  • Syukur

“Inilah hadiah terbesar daripada Allah. Bila hadiah, ini mesti sesuatu yang indah daripada Allah. Saya terima hadiah ini dengan hati yang bersyukur. Bila bersyukur Allah akan tambah nikmat. Allah tidak berbohong kerana Allah adalah Tuhan yang bercakap benar. Nikmat yang Allah beri ini ada kemanisannya.”

 

  • Jangan Stress

“Kalau tak nak stress, syukurlah. Orang yang bersyukur jiwanya lapang, hatintya tenang. Jangan sekadar jadi orang yang sabar. Kerana orang sabar ada batasanya. Orang bersykur pula ‘they make Allah happy.’”

 

  • Cita-cita Saya Mati Ketika Dakwah

“Saat ini saya tiada masa untuk fikir bab sakit kerana banyak komitmen. Memang doktor tak bagi tapi saya takkan tinggalkan kerja-kerja dakwah kerana manisnya dakwah.”

 

Never Give-up! Allah kan Ada merupakan buah tangan Ustaz Hanafiah buat dirinya sendiri juga mereka yang sedang diuji. Pesannya lagi, jangan cepat berputus asa walau begitu banyak ujian dan dugaan yang menimpa. Kerana ketika ujian datang ‘mendera’, akan selalu ada hikmahnya, hadapi dengan ikhlas dan sabar. Kesabaran akan memberikan ketenangan jiwa dan kekuatan hati. Dan Allah SWT akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Never Give-up! Bangkitlah.

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });