5 BUKU YANG WAJIB ANDA BACA TAHUN INI!
  • BIDADARI BE EXTRA ORDINARY

Ilmu parenting dalam buku ini menyinggung peranan ibu bapa yang kadang-kadang sedikit terlalai atau kurang tahu bagaimana untuk mendidik anak. Juga terdapat teguran manis untuk ibu bapa agar menjadi insan yang lebih baik, lebih berilmu, lebih bijak dan sentiasa mahu belajar serta meningkatkan personaliti diri agar dapat menjadi contoh dan pembimbing kepada anak-anak. 

Gaya penulisan yang diterapkan dalam buku ini dapat digunapakai walaupun zaman berubah dan cabarannya jauh berbeza. Inilah panduan sepanjang zaman, panduan yang malar hijau!
 

 

  • BIJAK PARENTING

Buku yang tidak hanya mengandungi tip bijak untuk mendidik anak sahaja tetapi turut mendedahkan senarai kesalahan ibu bapa ketika mendewasakan anak. 

Keistimewaan naskhah ini ialah menggunakan pendekatan secara santai, how to do dan bersifat praktikal yang mampu memberi idea kepada ibu bapa untuk mendekati anak.

  • JOURNEY THROUGH THE AL QURAN

 

Buku hebat yang diterjemah daripada karya asal Journey Through The Quran ini dibawakan khas dalam Bahasa Malaysia untuk memudahkan pembaca memahami ayat-ayat al-quran.

Setiap surah akan disertakan dengan: sejarah ringkas penurunan ayat, jumlah ayat, jenis ayat, sebab penurunan, tema, hadis yang berkaitan, ekstrak doa-doa daripada surah tersebut. Perkataan-perkataan penting juga dikeluarkan dan diterjemahkan bagi membolehkan pembaca memperkasa perbendaharaan kata bahasa Arab yang diguna pakai dalam al-Quran. 

Paling utama, setiap surah akan disegmenkan ayat-ayatnya dan perceritaannya dalam bentuk PETA MINDA!

 

  • THE PRODUCTIVE MUSLIM

Kita mahu jadi Muslim yang produktif, yang tidak buang masa dengan sia-sia, yang pasti, ada sumbangan untuk ummah. Tapi masalahnya, kesibukan kita menyebabkan masa berkualiti dengan keluarga, kerjaya dan masyarakat jadi tak seimbang dan kurang sempurna. Apa yang tak kena? Cara pengurusan masa kitakah? Atau ada perkara lain?

Jadi, buku ini untuk ANDA yang:

 

  • Terasa kecewa kerana gagal mencapai banyak perkara dalam hidup, atau mungkin merasakan hidup kita kurang arah. 
  • Berpotensi besar namun kekurangan produktiviti yang menghalang kita daripada mencapainya. 
  • Berada dalam ‘pergelutan’ untuk seimbangkan antara kerjaya, pelajaran, keluarga, kehidupan sosial, dan paling penting, kewajipan agama. 

 

  • ALPA

Siapa yang tidak pernah alpa? Tapi alpa ini penyakit yang berbahaya. Bersebab alpa, kita rugi banyak peluang untuk berbuat baik. Tahu tapi sengaja buat tidak tahu, lalu melangsungkan perbuatan-perbuatan yang tidak produktif sebagai remaja Islam. Sekian banyak perkara-perkara negatif dihubungkaitkan dengan mereka: buang masa, tak solat, tak bersyukur, putus asa, rasa tidak tenteram, gelisah kerana rezeki yang sedikit.

Buku ini menyentuh sisi-sisi negatif remaja, tetapi ia bukanlah untuk menyalahkan tetapi lebih untuk ‘menekan butang-butang positif’ dalam diri remaja supaya ‘terjaga’ lalu membuahkan tindakan-tindakan yang berfaedah. Never take for granted untuk apa yang Allah telah beri dalam hidup. Syukur dan upgrade diri kerana di hujungnya, manusia tetap boleh berubah. 

BUKU BERKAITAN
  • BIJAK PARENTING
  • The Productive Muslim
  • Journey Through The Quran
  • BIDADARI Be extraordinary!
  • Alpa
ANDA MUNGKIN SUKA