MUDAHKAN SEDEKAH KITA



Selalunya, Ramadan sangat sinonim dengan amalan sedekah. Buat yang rezekinya luas, memang seronoklah bersedekah apa sahaja. Manakala bagi yang tidak berkemampuan, sedekahnya menjadi terhad.

Tapi tak apa, di sini kami kongsikan amalan sedekah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa menggunakan modal. Jadi sekarang, semua orang boleh berdekah tanpa ada had.  

 

1) Bawa pulang telekung masjid/surau untuk dicuci

Kalau tidak mampu hantar dobi, boleh sahaja cuci sendiri. Cucilah dalam kuantiti sedikit demi sedikit. Bolehkan?

2) Menumpangkan kawan atau saudara-mara

Jika ada kawan yang sehala dengan destinasi kita, pelawa dan tumpangkan mereka. Pasti yang ditumpangkan itu akan mendoakan yang baik-baik sahaja buat kita. Seronok bukan?

3) Sedekah tenaga

Ini sedikit mencabar tambahan pula jika berpuasa dalam keadaan cuaca yang panas. Jadi, bantulah yang memerlukan mengikut kemampuan sahaja. Allah Swt tidak akan membalas mengikut jumlah yang dilakukan tetapi berdasarkan ikhlas yang datang dari hati untuk membantu.

4) Menyediakan juadah berbuka puasa

Sambil-sambil masak juadah kita, apa salahnya lebihkan sedikit. Boleh bagi jiran sebelah dan pahala pun free aja kita dapat. Mudahkan?

5)Solat tarawih

Ini paling mudah nak buat. Sayanglah kalau tinggal solat sunat setahun sekali ini pun kita tinggal.

 

Tunggu apa lagi, jom penuhkan tabung Ramadan anda.

Selamat berpuasa!

 

 

 

 


ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA