TIP PILIH PASANGAN



NAK KAHWIN? BACA INI DULU

Hukum asal kahwin: harus. Jadi, kahwin bukanlah wajib tapi bernikahlah untuk penuhi tuntutan fitrah insani. Siapa yang tak nak disayangi, siapa yang tak mahu anak-anak comel mengelilingi, kan?
.
Anda, bakal-bakal pengantin ini, kena fikirkan apa yang anda mahu dan tak mahu dalam perkahwinan.
.
“Macam mana saya nak tahu apa yang saya nak dan tak nak dalam perkahwinan saya?”
.
Cari calon pasangan yang memenuhi ciri-ciri yang anda nak.
Mari ke sini. Ini yang perlu anda fikirkan SEBELUM mencari pasangan.
.
Pertama. Tetapkan ciri-ciri yang anda nak. Jangan dah jumpa, dah berjanji nak kahwin, dah kahwin pun, baru kelam-kabut nak cari ciri-ciri yang anda nak tu lepas kahwin. Kalau jumpa, alhamdulillah. Kalau tak, nauzubillah. Waktu itu dah terlambat. Follow the flow sajalah kata orang.
.
Satu lagi, jangan berharap pasangan anda berubah. Jangan mimpi. Manusia ini payah nak berubah. 
.
“Tapi manusia kan boleh berubah selagi dia tak meninggal?”
.
Baik, baik. Anda betul. Manusia boleh berubah. Tapi dia ini anda nak jadikan pasangan sampai mati anda, sampai jannah bersama anda. Jadi, anda sanggup tak nak bertahan? Sambil-sambil itu jangan lupa tengok statistik dan sebab perceraian.
.
“Oh, ok. Ciri-ciri yang macam mana saya kena fikirkan?”
.
Baik, ada satu perkara besar yang perlu anda fikir iaitu anda mesti tentukan apa ciri-ciri yang termasuk dalam kelompok non-compromised (langsung tak boleh kompromi) dan apa ciri-ciri yang anda boleh park dalam kelompok compromised (boleh berkompromi).
.
Apa maksud non-compromised? Maksudnya, ciri-ciri atau perkara yang anda memang langsung tak boleh nak berbincang, tak boleh berganjak, yang teguh berdiri macam tugu yang bawahnya dibenam 1000 meter dalam tanah, tak boleh bagi ruang sedikit pun untuk dicerobohi. Ini ciri-ciri yang NON-COMPROMISED.
.
“Macam mana saya nak tahu mana satu ciri yang tak boleh dikompromi ni?”
.
Anda sendiri yang tentukan! Anda kenal diri anda, cara fikir anda, keluarga anda, apa yang anda mahu dalam hidup, etc kan? Ini faktor-faktor yang menentukan ciri-ciri non-compromised dan compromised anda.
.
Oh sebelum itu, pastikan akidah bakal pasangan mestilah di atas siratal mustaqim ya. Jangan bila dah kahwin baru tahu pasangan anda pegang fahaman Syiah sebab masa anda berkenalan dulu anda tak cek fikrah dia, dan dia pula bertaqiyyah dengan anda. Tiba-tiba juga anda dapat tahu, lepas kahwin, yang pasangan anda hobinya adalah membuat perkara-perkara khurafat dan membawa kepada syirik/murtad. Ingat ya, perkara akidah ini perkara NON-COMPROMISED (atau lebih atas daripada non-compromised). Macam mana nak tahu ni? IQRA! Baca, baca, baca! Anda takkan tahu sesuatu perkara kalau anda tidak membaca. 
.
BENCHMARK kepada ciri-ciri non-compromised ini ialah…. jika berkahwin juga, anda berkemungkinan akan bercerai. Jadi, kita nak elak bercerai kan? Siapa yang kahwin lepas tu nak bercerai? Perceraian hanya berlaku bila dah habis ikhtiar berbincang dan bertindak, tapi masih tak jalan juga.
.
Jadi bahasa kasarnya, ciri-ciri non-compromised ini adalah ciri-ciri yang kalau wujud dalam perkahwinan anda, anda berkemungkinan akan bercerai.
.
Ciri-ciri non-compromised ini anda tentukan.

Kalau rasa anda tak boleh terima suami anda mencari ‘madu’, anda letak ciri ini dalam senarai non-compromised anda. Cakap dengan pasangan anda sebelum berkahwin. 
.
Kalau anda tetapkan yang pasangan anda perlu menolong anda menjaga ibu bapa anda, maka jadikan ini dalam senarai non-compromised anda. Bincang dengan pasangan anda sebelum kahwin lagi.
.
Jika anda mahukan pasangan anda menolong membantu menyelesaikan kerja-kerja rumah tangga dan menjaga anak, masukkan juga dalam non-compromised bucket list anda. Jangan lupa, tekankan perkara ini sebelum anda berkahwin. 
.
Atau kerjaya anda menyebabkan anda akan lebih banyak outstation berbanding berada di rumah. Nyatakan dan berbincanglah dengan bakal pasangan anda.
.
Atau apa-apa jua ciri yang anda nak letakkan dalam senarai ini. Anda yang nak berkahwin, anda yang mahu bahagia, anda yang mahu kurangkan masalah (mana ada perkahwinan yang zero masalah ya) jadi andalah yang tentukan jalannya. Tekankan dan bincang semua perkara ini dalam bucket list ini sebelum anda dan calon pasangan anda bersetuju untuk berkahwin.
.
“Tapi macam mana kalau calon pasangan saya tak setuju dengan senarai non-compromised saya?”.
.
Then, stop! Jangan teruskan hubungan yang anda tahu anda akan bermasalah besar kemudiannya. 
.
“Compromised tu pula apa ya?”
.
Compromised itu maksudnya perkara-perkara yang BENCHMARKnya ialah kalau itu berlaku, paling koman anda mungkin tarik muka sikit, merajuk sikit, gaduh-gaduh manja sikit, yang anda boleh pejam sebelah mata dan pekakkan telinga, tapi tak ada kemungkinan untuk anda bercerai. Yang ini pun ciri-cirinya anda tentukan sendiri.
.
TAPI, jangan sesekali samakan atau selarikan ciri-ciri non-compromised dan compromised kita dengan orang lain sebab masalah kita, keadaan kita, perangai kita, cara fikir kita tetap tak sama walaupun nama kita serupa dan beribuayahkan orang yang sama. 
.
“Tapi macam mana kalau dah kahwin, pasangan saya berubah?”
.
Dia berubah, itu perkara ghaib yang kita tak tahu, masa depan yang kita tak ada ilmu tentangnya. Non-compromised dan compromised ini kita ikhtiar berdasarkan keadaan, cara fikir, etc kita sekarang. Keputusan kita adalah berdasarkan semua yang sekarang.
.
“Habis, kalau bercerai juga nanti macam mana sebab dia berubah?”
.
Ikhtiarlah, berusahalah untuk kekalkan rumah tangga walaupun dia dah berubah. Tapi kalau terpaksa bercerai juga, ingatlah…“Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan (keperluan) masing-masing daripada limpah kurnia-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisa : 130) 
.
Ingat ya…
.
Jangan kita tengok kawan-kawan kita berkahwin, kita pun sibuk nak kahwin juga. Almaklumlah darah muda, semua nak cepat saja.
.
Kawan kita sibuk berbahagia, kita sibuk menjala derita, mengumpul dosa.
.
Kawan kita sibuk menuju syurga, kita sibuk menghala ke… you know where you are heading to… 
.
Jangan tangkap muat siapa pasangan kita.
.
Semua manusia tak sempurna tapi semua manusia mahu bahagia. 
.
Tapi tip tak seberapa ini untuk yang baru nak kahwin, baru nak cari pasangan. Yang tengah berbahagia, dah kahwin lama, janganlah kata ‘saya dah kahwin lama takde sibuk-sibuk nak buat mana non-compromised mana compromised pun bahagia juga.’ Alhamdulillah, moga perkahwinan anda dirahmati sehingga ke syurga.


ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA