2019 MASIH SINGLE? RELAKSLAH!


Ada juga yang bermulut nakal. Kata mereka, orang single ni tak ubah macam khemah kenduri. Yalah.. di mana ada kenduri di situ ada khemah. Terpacak menunggu datangnya tetamu. Apabila tetamu balik ‘keseoranganlah’ khemah itu. Alahai… comel betul analogi yang diberi.

Bagi yang berstatus single, jangan risau. Dunia belum berakhir untuk kita yang masih sendiri. Kenapa perlu bersedih sedangkan dunia single sebenarnya amat menyeronokkan!

Begini….

Single ini sebenarnya sangat memudahkan kita untuk melakukan apa sahaja. Contohnya kalau mahu ke mana-mana tidak perlu dilaporkan kepada sesiapa asal kita pandai jaga diri. Itu belum lagi tentang kewangan. Saat ini kita bebas menghabiskan wang untuk diri sahaja. Dengan kata lain bebas reward diri dengan macam-macam barangan yang disukai.

Single juga tidak akan membuatkan kita berada dalam tekanan hidup yang berganda. Maklumlah hidup berdua ini cabarannya sehebat ombak tsunami. Silap langkah padahlah jawabnya. Itu belum lagi perkara yang melibatkan anak. Allahu… Dia saja yang tahu betapa hebatnya cabaran sebagai ibu dan bapa.

Benda yang paling best waktu single ialah tidak perlu fikir mahu pulang beraya di mana dahulu. Dengan senang hati kita akan nampak satu jalan sahaja iaitu rumah mak dan ayah! Tapi sewaktu berziarah di rumah saudara mara kena tahan telinga sikitlah. Tapi itu small matter aja! Bila letihbertanya diamlah mereka tu. Kan?

Percayalah, dunia single ini juga akan mengajar kita menjadi seorang yang mampu berdiri di atas kaki sendiri dan menjadikan kita matang menguruskan hal kehidupan. Akhirnya dunia yang penuh onak ini akan dapat dilalui dengan tenang dan gembira.

Jadi, berhentilah dari bersedih kalau masih single walaupun sudah masuk tahun baru 2019. Setiap perjalanan hidup telah Allah tetapkan sebaik mungkin mengikut apa yang kita perlukan dan bukan yang kita mahu. Allah lebih tahu.  

Untuk setakat ini teruskan melangkah dengan senyuman paling manis dan tetaplah berdoa kerana Allah itu Maha Mendengar. Ayuh! Jalan terus!

 

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });