Didiklah Anak-Anak Dengan Solat


Daripada Amru bin Syu'aib daripada ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perintahkanlah anak-anak kamu untuk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun. Apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya serta pisahkanlah tempat tidur mereka." (Berkata an-Nawawi, hadith hassan sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang hassan. No. Hadith : 495).

 

Untuk membina sebuah negara yang hebat perlu ada satu pembangunan sahsiah di peringkat kanak-kanak yang sangat baik. Hal yang demikian kerana pembangunan kanak-kanak yang baik dapat membantu dalam membina ganerasi yang cemerlang sekaligus berjaya melahirkan lebih ramai pemimpin yang amanah dan baik.

 

Setiap pembangunan harus ada asas yang kukuh yang perlu diberi perhatian yang sangat mendalam. Seperti pembangunan kanak-kanak keluarga dan ibu bapa adalah asas tunjang utama. Hal ini kerana setiap pembelajaran kanak-kanak bermula dari rumah. Ibu bapalah yang akan memainkan peranan dalam membentuk sahsiah kanak-kanak.

 

Sahsiah dan akhlak setiap kanak-kanak boleh dibentuk melalui solat yang diajarkan. Solat mampu untuk mencegah hati kita dari melakukan kezaliman. Oleh yang demikian didiklah anak-anak dengan solat kerana solat sangat penting dalam pendidikan kanak- kanak.

 

Baginda Rasulullah S.A.W juga mengajar kita supaya menghukum anak-anak yang berumur 10 tahun ke atas sebagai pengajaran untuk mendirikan solat. Hal ini terbukti solat sangat penting dalam kehidupan yang perlu dipraktikkan. Selain dari itu Rasulullah S.A.W mengajar kita bahawa sampai pada umur 10 tahun perlu diasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan bagi tujuan mendidik mereka tentang pergaulan.

 

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });