6 Perkara Paling Bahaya Pada Anak Jika Tak Dipantau. Tolong bagitahu pasangan masing masing ya


Ibu bapa bukan tak tahu hal ini tapi mungkin terlupa. Jom kita semak semula point di bawah untuk kebaikan masa depan bersama:

 

 

1) Game

 

- Main game bukannya 100% salah sebab kadang kadang game boleh bantu tingkatkan 'problem-solving skills' dan 'creative thinking' anak kita

 

- Cuma yang bahaya kalau ianya sampai membuatkan anak kita ketagihan ( internet gaming disorder ) akibat daripada tak ada limit dan pantauan langsung

 

2) Diet

 

- mengikut kajian ada hubungan yang sangat kuat antara masalah kegemukan ( obesity ) pada kanak kanak dengan pendedahan berlebihan pada skrin termasuklah TV, game, media sosial, tab dan lain lain.

 

- ikut kajian, ni 3 cara macam mana pendedahan berlebihan pada skrin boleh buatkan anak kita jadi gemuk melampau:

 

i) Anak anak makin banyak makan bila tengah hadap skrin. Lagi lagi jajan dan air berkarbonat. Tu lagi gemuk jadinya.

 

ii) Anak anak terdedah pada iklan makanan yang 'low-nutrition, high-calorie' dan minuman yang tak sihat yang membuatkan anak kita jadi lebih suka pada jajan, makanan ringan dan air tin

 

iii) Skrin ni ganggu waktu tidur anak anak. Bila anak terganggu waktu tidurnya, ianya akan mengganggu juga corak dan selera makan anak kita. Tu yang anak jadi makan tak sihat. Kadang selera kadang tidak

 

3) Gadget

 

- Gadget ni kalau tak dipantau memang bahaya sebab takutnya melebihi had Screen-Time yang dibenarkan

 

- Cuba tengok anak kita ikut ke tak panduan Screen Time yang dikeluarkan oleh American Academy of Paediatric ni.

 

< 18 bulan : Jangan sesekali dedahkan dengan gadget kecuali sekali-sekala video-chatting dengan keluarga

 

18-24 bulan : 30minit/hari dengan pemantauan dan pengawasan penuh daripada ibu bapa

 

2-5 tahun : 1jam/hari dengan pemantauan dan pengawasan penuh mak ayah.

 

6 tahun ke atas : Kita kena tegas bab media. Pilih channel dan rancangan yang terbaik kerana apa yang dilihat dan didengar oleh anak-anak kita tu akan mempengaruhi subconscious mind mereka.

 

4) Social media

 

- Kalau tak dipantau social media anak anak kita, memang adab dan social skills anak anak kita akan kelaut

 

- itulah kenapa mak ayah kena ajar anak anak tentang Digital Etiquette. Digital Etiquette ni adalah bagaimana kita nak anak kita layan orang di media sosial sama seperti mereka layan orang yang mereka jumpa di alam realiti

 

5) Lifestyle

- Sedentary lifestyle ataupun biasa juga dipanggil sebagai Sitting Disease adalah bila kita lebih banyak duduk dan tak banyak buat aktiviti fizikal sangat. Biasanya benda ni dialami oleh orang dewasa

 

- Cuma sekarang benda ni banyak kena pada anak anak kecil pula sebab mereka terlalu banyak mengadap game dan TV

 

- Selain daripada kegemukan melampau, yang kita takut kalau anak anak kita dah hilang 'desire' ataupun kemahuan untuk bersenam. Itu yang paling bahaya sebenarnya. Aduh!

 

6) Sleep

 

- Sedihnya bila ramai mak mak mengadu pada saya ramai anak anak mereka jadual tidurnya dah terbalik sejak PKP ni

 

- Kita sendiri pun kalau tak cukup tidur, emosi jadi lain macam kan? Asyik moody je. Rasa redup redup je jiwa seharian kan?

Cuba tengok jadual dan jam tidur anak kita ni. Cukup tak? Jangan jangan anak kita mengamuk dan meragam selama ni sebab tidurnya tak cukup.

Semua mak ayah WAJIB PANTAU berapa jam anak kita tidur dalam sehari

 

Ni jadual tidur anak kita berdasarkan National Sleep Foundation :

 

# 0 - 3 bulan
Kena tidur dalam 14-17 jam. Tak digalakkan kurang daripada 11 jam atau lebih daripada 19 jam

 

# 4 - 11 bulan
Kena tidur dalam 12-15 jam. Tak digalakkan kurang daripada 10 jam atau lebih daripada 18 jam

 

# 1- 2 tahun
Kena tidur dalam 11-14 jam. Tak digalakkan kurang daripada 9 jam dan lebih daripada 16 jam

 

# 3 - 5 tahun
Kena tidur 10-13 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 8 jam atau lebih daripada 14 jam

 

# 6 - 13 tahun
Kena tidur dalam 9 hingga 11 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 7 jam atau lebih daripada 12 jam

 

Kekurangan jam tidur walaupun cuma 30 - 60 minit sehari pun akan beri kesan pada perkembangan anak kita

 

 

Kredit artikel: FB Taufiq Razif

parentingibu bapafamily
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });