Ini Yang Baginda SAW Lakukan Pada 10 Malam Terakhir Ramadan


Tinggal beberapa hari lagi Ramadan bakal pergi meninggalkan kita. Ia juga membawa maksud kita sedang berada dalam hari-hari terakhir Ramadan, iaitu fasa sepuluh malam terakhir Ramadan.

Ramai yang mengambil peluang ini untuk memburu Lailatul Qadar kerana padanya terdapat seribu satu kelebihan yang dijanjikan Allah.

 

 

Apabila ditatal di laman-laman sosial, ramai juga yang tidak ketinggalan untuk berkongsi tips menarik berkenaan cara yang mudah untuk menghidupkan Ramadan.

Dalam masa kita mengamalkan tips-tips tersebut, adalah lebih baik untuk kita menyingkap kembali amalan Baginda SAW pada sepuluh malam terakhir. Mudah-mudahan ia juga menjadi titik tolak kepada kita semua untuk lebih bersemangat memburu Lailatul Qadar.

 

#1 – Bersungguh-Sungguh Beribadat

Maksud: “Nabi SAW apabila masuknya hari 10 terakhir Ramadan, Baginda akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 2024)

 

 

#2 – Beriktikaf

Maksud: “Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.” (Hadis Riwayat muttafakun ‘alaih)

 

 

#3 – Mengutamakan Solat Berjemaah

Maksud: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, maka dia juga telah menghidupkan seluruh malam itu.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

 

 

#4 – Memperbanyakkan Doa

Maksud: “Baginda SAW akan memperbanyakkan doa dan bermaksud: “Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikanlah sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hariku adalah hari di mana aku bertemu denganMu kelak.” (Musannaf Abi Syaiba, 6:65)

 

 

#5 – Mandi Dan Berwangi-Wangi Menghadap Ilahi

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu.

 

Anas bin Malik dan para ulama Tabi’in juga menyebut bahawa para sahabat dan Baginda SAW akan mandi dan mengharumkan diri apabila beribadat pada sepuluh malam akhir Ramadan.

 

 

Kesimpulan

Tuntasnya, banyak amalan mudah yang dilakukan oleh Baginda SAW sebagai ikutan kita, umat hari ini dalam usaha untuk menghidupkan Ramadan.

 

Beribadat megikut kemampuan, namun dalam masa yang sama jangan sehingga diabaikan amalan yang sederhana ini kerana sebenarnya ia besar ganjarannya di sisi Allah.

 

Wallahu a’alam.

 

Kredit artikel: Tzkrh.com

Gambar: Dream.co.id

amalanlailatul qadaribadah
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });