Chia Seed: Antara Makanan Sahur Terbaik Yang Ramai Orang Tidak Tahu


Ada yang tanya, "doc, apa contoh sahur yang mengenyangkan?"
.
Saya berkongsi satu resepi idea sahur yang dapat mengenyangkan perut. Beri tenaga ketika berpuasa.
.
Salah satu makanan yang dikategorikan sebagai super food ialah chia seeds. Bijirin ini dari Amerika Selatan.
.
Secara tradisi diguna oleh puak Aztecs dan Mayan. Lelaki yang memburu masuk hutan berbekalkan Chia Seeds yang memberi maksud "kekuatan".
.
Chia Seed hebat sebab 28 gram atau dua sudu chia seeds mengandungi:
.
✔️Fiber: 11 gram
✔️Protein: 4 gram
✔️Omega 3: 9 gram
✔️Kalsium: 18% dari keperluan harian tubuh manusia
✔️Manganese: 30% dari keperluan harian tubuh manusia
✔️Phosphorus: 27%
.
Chia Seed juga mengandungi Zinc, Vitamin B3 (Niacin), Potassium, Vitamin B1 (Thiamine) and Vitamin B2
.
Semua ini penting untuk membekalkan nutrien sepanjang berpuasa. Dengan kandungan anti oksida yang tinggi, Chia Seed patut menjadi pilihan nombor 1.
.
Caranya:

1.Masukkan 2 sudu Chia Seed ke dalam air kosong bersuhu bilik.
2.Biarkan selama lebih dari 30 minit. Lebih lama lebih bagus.
3.Chia Seed akan kembang seperti biji selasih.
4.Minum.
.
Air tersimpan di dalam Chia Seed. Ia akan terkeluar sedikit demi sedikit. Seterusnya membekalkan air sepanjang tempoh berpuasa.
.
Perut terasa penuh. Kenyang. Sampai pukul 6 petang masih buang air kecil.
.
Itu petunjuk baik. Badan masih banyak air. Kita lebih bertenaga.
.
Ini baru satu contoh. Chia Seed ada pelbagai guna. Nak tahu cara lain?
.
Ada lagi 31 resepi yang saya kongsi. Resepi tersebut dibukukan kedalam Ebook Kombo Ramadhan.

.

Sumber: FB Page DrRizal Abu Bakar

sahurChia Seedkenyangramadan
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });