JOM IKUT JADUAL KEHIDUPAN HARIAN ALLAHYARHAM TUAN GURU DATO' HAJI ISMAIL KAMUS


Berikut adalah jadual kehidupan harian yang disusun oleh Allahyarham Tuan Guru Dato' Haji Ismail Kamus. Semoga kita dapat mengambilnya sebagai panduan dalam melakukan amal ibadat.

1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pagi)
- Mandi dan ambil wuduk.

 

2. Solat Sunat Wuduk.

 

3. Solat Sunat Taubat.

 

4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).

 

5. Solat Sunat Hajat (minta Allah makbulkan permintaan kita, bila-bila masa kita mohon).

 

6. Solat Sunat Witir (3 rakaat).

 

7. Istighfar 100x

( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه)

 

8. Tahlil 300x
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله )

 

9. Baca Doa Nabi Yunus 40x

( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ )

 

10. Tasbih 40x

( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 

 

11. Solat Sunat Fajar.

 

12. Solat Subuh.

 

13. Baca Surah Yaassin selepas Subuh.

 

14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.

 

15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

 

16. Solat Asar.
- Solat sunat sebelum

 

17. Solat Maghrib.
- Solat sunat selepas

 

18. Solat Isya'
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

 

19. Sebelum tidur baca al-Quran:
- Surah Al-Mulk
- Surah Sajjadah
- Surah Al-Waqiah

 

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat." - Ustaz Ismail Kamus

 

Kata Ulama, apabila ALLAH SWT tidak mengkehendaki kita lagi:

🔸ALLAH akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
🔸 ALLAH akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
🔸ALLAH akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
🔸ALLAH akan sibukkan kita dengan harta.
🔸 ALLAH akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

🔸Alangkah ruginya kerana semua itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya kepada orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui ALLAH  SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

🔸Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah dan beribadat kepada ALLAH SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat daripada habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh ALLAH SWT.

🔸 Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita sama ada gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

🔸 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita? Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun pada sepertiga malam untuk solat tahajjud?

🔸Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

🔸Kesemua petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

🔸 Setiap kali menyambut hari lahir kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita, maka masa kita akan dipanggil oleh ALLAH SWT semakin dekat.

🔸 Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

🔸Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan Munkar dan Nakir itu benar, mahsyar ALLAH itu benar, syurga dan neraka itu benar.

 

 

KREDIT: (FB) Majlis ilmu

akhlak baikulama
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });