Microsleep/Terlelap– Adakah Batal Wuduk Jika Mengalaminya?


Microsleep merupakan satu episod tidur sebentar yang tidak dapat dikawal dan ia biasanya terjadi dalam tempoh beberapa saat sahaja. Ia juga selalunya terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku kepada individu yang sedang berada dalam keadaan mengantuk tetapi cuba untuk menahannya.Kebiasaannya, orang yang mengalaminya tidak akan menyedari dirinya sedang berada dalam keadaan microsleep. Mereka akan menyedarinya sejurus mereka sedar daripada episod tidur sebentar itu.

 

Bahayanya microsleep ini adalah apabila ia boleh mendatangkan lebih banyak bahaya terutama bagi orang yang sedang memandu, bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan kepada orang sekeliling juga.Sudah banyak kes yang dilaporkan mengenai gejala ini yang rata-ratanya boleh mengakibatkan kemalangan terhadap pemandu. Lebih menyayat hati apabila kemalangan tersebut membabitkan pemandu lain sehingga ada yang dilaporkan maut.

Disebabkan itu, kita disaran untuk berehat dan tidur seketika apabila mengantuk bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini terjadi. Hanya tidur merupakan ubat mengantuk yang paling berkesan.

 

Namun, apabila berada dalam situasi ini, wujud persoalan adakah batal wuduk mereka yang tertidur sebentar.

Umum mengetahui mereka yang tertidur (tanpa sengaja) atau tidur sekejap dalam keadaan duduk (tanpa berlaku sebarang pergerakan punggung), maka wuduknya masih ada.

Pernah berlaku sebuah kisah pada zaman Baginda SAW di mana Anas bin Malik ketika itu sedang menunggu Baginda untuk bersolat sehingga mengantuk dan kepalanya tersengguk-sengguk.

Begitu juga dengan para sahabat yang lain dan ada yang tertidur sejenak (dalam keadaan duduk).

 

Apabila Baginda datang, mereka terus bangkit untuk solat tanpa memperbaharui wuduk. Jumhur ulama berpendapat bahawa jika tertidur sejenak tanpa pergerakan (tidur yang tetap punggung), maka wuduk mereka masih sah. (Hadis Riwayat Muslim, no. 376)

Microsleep adalah sama situasi dengan mereka yang tertidur sejenak sama ada sambil duduk atau berdiri. Oleh itu, pandangan jumhur seperti mazhab Syafi’e mengatakan bahawa tidak batal wuduk mereka dan boleh bersolat tanpa memperbaharuinya.

Imam Al-Mawardi menyebut bahawa – “Tidur itu membatalkan wuduk, kecuali tidur yang sedikit ketika duduk atau berdiri.” (Al-Isnaf, 2/20)

 

Sumber: Tzkrh.com

 

terlelaptidurwuduk
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });