Mandi Junub Lepas Subuh, Sah kah Puasa?


Antara perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka badan. Ia termasuklah bersama suami atau isteri pada waktu siang dalam bulan Ramadan.

Bukan sahaja puasa tadi batal, malah kena juga bayar kafarah seperti yang telah ditetapkan oleh syariat.

Dalam hal ini, jika pasangan suami isteri berkenaan bersama pada waktu malam dan tidak sempat untuk mandi junub sebelum Subuh, bagaimanakah dengan status puasanya?

Adakah batal puasa mereka jika mandi junub selepas Subuh?

 

Kemusykilan ini Sinar Islam ajukan kepada pendakwah, Ustaz Mustafar Mohd Suki. Ini jawapan ringkas dan padat daripada agamawan ini:

“Hukum mandi junub disebabkan persetubuhan suami isteri selepas masuknya waktu fajar adalah dibenarkan. Ia tidak membatalkan puasa.”

Berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim melalui riwayat Ummu Salamah RA bahawa: “Nabi Muhammad SAW pernah tersedar setelah terbitnya fajar, sedangkan baginda bersama dengan isterinya lalu baginda SAW mandi junub dan meneruskan puasa.”

 

Imam an-Nawawi menyatakan dalam kitabnya al-Majmu bahawa melalui hadis itu, jumhur ulama berpendapat sah berpuasa dalam keadaan demikian. Akan tetapi, afdal melakukan mandi junub sebelum terbit fajar.

Pada masa sama, umat Islam dilarang mencari helah berbuka puasa untuk tujuan bersetubuh pada siang hari bulan Ramadan kerana mencemarkan kesucian bulan berkenaan.

Jika perkara itu berlaku, maka para ulama Mazhab Syafie mewajibkan kafarah kepada suami isteri yang melakukan helah sedemikian.

 

Justeru, umat Islam wajib menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa, di samping memperbanyakkan ibadah dan amalan soleh,” katanya.

Sudah tahu jawapannya, jangan pula kita gunakan alasan ini untuk tidak berpuasa.

Jagalah ibadah puasa kita dengan sebaiknya. Bulan Ramadan ini hanya bertamu selama sebulan sahaja dalam setahun. Rugi andainya jika ia tidak dimanfaatkan dengan baik.

 

Kredit Artikel: Sinar Islam

 

mandi junubpuasahukum
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });