Mustajab Doa Sebelum Atau Selepas Berbuka Puasa?


Kita mengetahui doa-doa mereka yang berpuasa mustajab. Hal ini ada disebut dalam beberapa hadis sahih. Bukan sekadar itu, bulan Ramadan sebenarnya bulan termakbulnya doa terutamanya buat mereka yang berdoa secara bersungguh-sungguh dan sepenuh hati.

Bahkan, banyak juga hadis yang menyebut waktu-waktu mustajab untuk berdoa ketika di bulan Ramadan ini, antaranya ialah waktu berbuka.

Apabila menjelangnya waktu berbuka puasa, kita akan sibuk menghidangkan makanan. Tidak kurang daripada itu, ada yang menghabiskan masa dengan bermain telefon bimbit atau permainan video.

 

Ruginya jika seseorang itu tidak terus membaca doa berbuka puasa apabila mendengar azan maghrib. Sama ada tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu, tetapi waktu berbuka puasa merupakan antara waktu dianjurkan berdoa.

Luangkan masa sekurang-kurangnya lima hingga sepuluh minit, bergantung kepada anda sendiri untuk meluahkan hasrat kepada Allah.

Anda bukan sahaja mendapat pahala berdoa, bahkan diikuti dengan pahala sunnah kerana mengikut amalan yang pernah diamalkan Baginda.

 

Maksud: “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doa orang yang berpuasa ketika berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang terzalimi.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2528)

Adapun, mungkin ada segelintir yang masih keliru sama ada perlu mengungkapkan doa sebelum atau selepas berbuka puasa?

Menerusi perbahasan daripada jumhur ulama, ramai yang mengatakan bahawa waktu mustajab ialah sebelum berbuka puasa, iaitu sebelum azan Maghrib.

Syeikh Muhammad bin Salih al-‘Utsaimin menjelaskan bahawa, keadaan seorang muslim yang belum berbuka puasa pada waktu puncak (menunggu azan Maghrib) adalah situasi di mana keadaan hamba itu lemah dan mampu berdoa sepenuh hati kepadaNya.

 

Maksud: “Doa (yang mustajab) adalah sebelum atau menjelang berbuka, iaitu ketika akan terbenam matahari. Kerana saat itu terkumpul (sebab-sebab mustajabnya doa) berupa hati yang tunduk dan perasaan rendah (di hadapan tuhan) kerana ia berpuasa. Semua sebab ini adalah penyebab doa dikabulkan. Adapun setelah berbuka puasa, badan sudah menjadi segar dan kenyang. boleh jadi, pada waktu itu ia lalai.” (syaikh Al-Utsaimin, no. 8)

Disebabkan itu, dapat difahami melalui hadis dan penerangan jumhur ulama bahawa waktu mustajab berdoa ialah sebelum berbuka.

 

Sumber: tzkrh.com

doam mustajabpuasa
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });