Doa Isteri Sangat Mustajab: Asbab Hidup Suami Sentiasa Berkat & Senang!


Di sebalik kejayaan seorang lelaki, adanya seorang wanita yang menyokong kuat di belakangnya. Begitulah pentingnya peranan seorang isteri dalam memberi kekuatan buat si suami mengharungi segala kepayahan dalam hidup. Ada wanita yang bersusah-payah dengan suaminya, sehingga hidup mereka menjadi senang. Dari makan nasi tidak berlauk sehingga mampu penuhkan makanan atas meja!

Doa seorang isteri itu memainkan peranan yang penting dan memberi kesan dalam kehidupan seorang suami. Seperti yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin, betapa doa seorang isteri itu sangat mustajab.

 

Ikuti perkongsiannya ini.

“Besar kesan doa seorang isteri dlm kehidupan seorang suami…Asbab doanya, rezeki suami dimurahkan…asbab doanya, urusan suami dipermudahkan…asbab doanya, suami diberikan kesihatan yg baik…asbab doanya, suami dilindungi dari segala bentuk kejahatan dan kemudaratan…asbab doanya, suami dipelihara oleh Allah s.w.t…

Jika rumahtangga diuji, berdoalah…jika suami tidak seperti yang diimpi, berdoalah…jika suami berpaling hati, berdoalah…jika isteri dizalimi, berdoalah…jika hak-hak isteri tidak dipenuhi, berdoalah…

Allah akan mendengar doamu itu wahai isteri…jangan pernah putus asa untuk berdoa..

Berikut adalah kompilasi doa-doa yang boleh anda bacakan untuk suami tercinta seperti yang dikongsikan melalui laman web Bidadari.my:

# Doa Dikurniakan Suami Terbaik
“Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik di sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”

# Doa Untuk Suami Murah Rezeki
“Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih di langit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertanam di dasar bumi, hanya Engkaulah yang mampu mengeluarkannya.”

# Doa Untuk Suami Selalu Ingat Isteri
“Ya Allah, jadikanlah hambamu ini dicintai oleh suami dengan rahmat-Mu wahai Zat Yang Maha Penyayang Di Antara Para Penyayang.”

# Doa Untuk Suami Memperolehi Rezeki Yang Berkat
“Ya Allah, berkahilah rezeki yang diperoleh suami hamba-Mu agar membawa kebaikan kepada kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.”

# Doa Untuk Memohon Suami Berbuat Kebaikan (boleh juga diamalkan untuk diri sendiri)
“Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar terbuka hati untuk berbuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran.”

# Doa Agar keluarga Dilindungi
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”

Yakinlah doa seorang isteri adalah hadiah yang paling bernilai untuk suaminya. Biar apa pun yang terjadi, jangan putus berdoa dan serahkan segalanya kepada Allah SWT selepas anda sudah berusaha. Semoga perkahwinan kita semua dilindungi dan terus bahagia selamanya."

 

Sumber: IslamItuIndah

doasuamiisteribahagia
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });