Mempersendakan Sedekah Orang Lain Adalah Sifat Orang Munafik!


Dr. Kamilin Jamilin | 27-04-2020

Teringat punca turunnya ayat:

ٱلَّذِينَ يَلۡمِزُونَ ٱلۡمُطَّوِّعِينَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ فِى ٱلصَّدَقَـٰتِ وَٱلَّذِينَ لَا يَجِدُونَ إِلَّا جُهۡدَهُمۡ فَيَسۡخَرُونَ مِنۡہُمۡ‌ۙ سَخِرَ ٱللَّهُ مِنۡہُمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ
“Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit menurut kemampuannya, lalu mereka mempersendakannya. Allah akan membalas ejekan mereka dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya” [al-Tawbah: 79].

Sebab turunnya ayat ni sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari ‘Uqbah bin ‘Amr al-Ansari RA, bila Allah SWT turunkan ayat yang menggalakkan untuk bersedekah, para Sahabat RA berlumba-lumba untuk bersedekah.
Setiap seorang bersedekah mengikut kemampuan masing-masing. Yang kaya bersedekah dengan jumlah yang banyak dan yang kurang harta juga tetap gigih bersedekah walaupun sedikit kuantitinya.

Namun orang munafik yang sentiasa bersikap sarkastik dan sentiasa hasad tidak puas hati akan mengejek mereka yang banyak bersedekah: “Mereka ini cuma riyak menunjuk-nunjuk je, tak ikhlas pun!
Bila melihat orang yang tidak mampu bersedekah banyak pula, mereka akan perlekeh: “Tiada manfaatnya sedekah seciput kamu, Allah tak perlu pun!”.

Demikianlah sikap munafik yang sentiasa tidak puas hati dengan kebaikan yang dilakukan oleh pihak lain sedikit atau banyak, semua tidak terlepas dari kedengkian mereka dan mereka akan sentiasa mencari-cari salah serta mempersenda kebaikan manusia.

Orang beriman pula sentiasa akan bersegera dan berlumba-lumba melakukan kebaikan semampu mereka, kerana mereka tahu ganjaran Allah Yang Maha Luas menanti dan setiap sedekah itu diukur dengan kadar kemampuan serta keikhlasan.

فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُۥ * وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ
“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam catatan amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam catatan amalnya)!” [al-Zalzalah: 7-8].

Orang beriman tahu, sekalipun mereka dikeji dan dipersenda, Allah pasti akan mempertahankan mereka, lalu akhirnya yang mengeji dan mempersenda pula dikeji dan dipersenda. Yang lebih malang, mereka bakal mendapat azab Allah yang Maha Pedih!

-Dr. Kamilin Jamilin-

dermadengkihasadsumbangan
BUKU BERKAITAN
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });