WORK FROM HOME : Jujurkah kita dalam melaksanakannya?


Kerja Dari Rumah (Work From Home) adalah alternatif gaya kerja fleksibel pada era milenia, malah kebanyakan organisasi multinasional yang berjaya di dunia hari ini menguasai pasaran pengangkutan tanpa stesen bas dan teksi, pasaran makanan tanpa restoran besar untuk beroperasi, malah penjualan produk secara global tanpa gedung pasaraya mahupun gudang stok simpanan yang besar. PKP memaksa kita belajar gaya kerja baru ini secara realistik melalui pengalaman dan ia kelihatan sangat berkesan 😎 #newnormal

Kerja Dari Rumah perlukan budaya disiplin diri berkelas tinggi! New normal! Integriti tanpa diaudit, bukannya lagi budaya menipu untuk melepasi audit. Kerja Dari Rumah juga adalah berasaskan kepercayaan yang tinggi untuk sama-sama mencapai KPI organisasi, bukannya KPI peribadi! Selagi kualiti dan KPI tercapai, tak perlu habiskan masa melayan emosi atau sibuk menempel mencari populariti. Teknologi dan sistem yang efektif akan menjadi penilai dominan yang lebih telus dan tulus, tanpa khianat dan hasad dengki 😅✌️

Kerja Dari Rumah adalah tentang disiplin diri! Waktu kerja perlu bekerja, cuma jangan sampai seluruh waktu di rumah terganggu dengan kerja yang terlalu leka kerana disiplin diri yang tiada. Keluarga perlu faham waktu ibu bapa bekerja dan ibu bapa perlu adil mengagihkan masa bekerja dan keluarga. Bersyukurlah dengan penjimatan masa perjalanan, kemudahan urusan waktu rehat dan kebersamaan dengan keluarga di rumah, tetapi jangan sampai kualiti kerja terabai tidak kesampaian. Utamakan keberkatan dalam gaji yang kita dapat kerana ia tetap perlu dititikberatkan tanpa mengira dari mana kita bekerja. ✌️ #kerjaberjayakeluargabahagia

Kerja Dari Rumah tidak sesuai selagi kita ada sikap selalu rasa nak balik rumah apabila pergi kerja ataupun rasa selalu nak pergi kerja dan tak selesa berada di rumah! Kita perlu perbetulkan sikap kita supaya rasa bersemangat untuk pergi bekerja dan rasa gembira apabila masa nak balik rumah. Jika begitu, Kerja Dari Rumah akan jadi alternatif normal baharu masa depan yang terbaik! #kitabetulkankita

 

KREDIT: Prof Madya Dr. Mohd Nor Mamat

work from homekarya bestarikeberkatanamanah
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });