Jangan Risau Rezeki Tersekat Kerana Tidak Dapat Keluar Bekerja Seperti Biasa


Hakim Mohd Nor | 09-04-2020

Banyak kali Allah cerita dalam Quran yang beri rezeki ni adalah Allah. Bukan dari mana mana pihak yang lain. Bukan dari bos dan dari bisnes.

Walaupun dari mata kasar nampak macam bos yang bagi duit gaji. Walau nampak duit yang kita pegang tu datang dari bisnes yang kita jalankan. Tu semua hanyalah medium untuk rezeki tu sampai, hakikatnya Allah yang berikan semua tu.

Analogi mudah untuk faham ialah macam baby baru lahir. Tidak bekerja. Tidak tahu bercakap. Tak buat apa, tidur aje. Tapi elok aje dapat rezeki minum susu . Memang tak buat apa, siap pakej nangis lagi. Tapi Allah masih bagi rezeki.

Bukanlah saya ajak semua orang tidur dan tidak buat apa. Tu dah salah faham namanya. Tak pepasal kena kecam pulak. Hoho.

Apa yang ingin saya sampaikan ialah rezeki itu boleh hadir tanpa ikut jalan logik. Itu yang Allah ceritakan dalam Surah At Talaq ayat 2-3 , bahawa Allah boleh beri rezeki ikut jalan yang tak disangka sangka.

Hari ni bila berlaku PKP ni, ramai yang jadi panik dan risau. Betul, saya faham ketakutan itu kerana logiknya kalau tak bekerja dan berniaga, mana nak dapat duit untuk tampung kehidupan seharian. Saya faham tu.

Tapi, saya juga ingin sampaikan jangan takut dengan perkara yang sudah dijamin oleh Allah. Percayalah, Allah sudah beri jaminan rezeki kepada setiap orang, khususnya yang ikut beberapa tips dari Allah dalam Quran.

Antaranya tips mudah dapat rezeki tanpa bekerja (ini maksudnya dari jalan yang tak disangka, bukan bermaksud suruh jangan bekerja ya), ialah dengan kita meningkat taqwa dan tawakal kepada Allah.

Tu Allah jamin beri jalan keluar tu. Baca terjemahan surah Talaq ayat 2 dan 3. Banyak lagi jaminan yang lain, antaranya minta kita sedekah.

Ya, waktu2 tengah kering duit dan tak ada apa2 ni lah, kita kena sedekah banyak banyak. Itu jaminan Allah yang rezeki kita pasti digandakan berpuluh malah sehingga 700 kali ganda. Bab sedekah ni, dalilnya sangat banyak. Fuuh

Lagi nak buat apa? Istighfar. Ya, Bertaubat banyak banyak. Ini juga tips Allah beri dalam Surah Nuh ayat10-12. Siapa istighfar, Allah kata konfem akan tambahkan harta. Nah, apa yang kita takut lagi?

Then nak buat apa lagi, takkan tak nak usaha. Tu lah yang bonda pesan, usaha tu takat 20% sahaja, 80% lagi adalah spiritual kita. Kita jaga Allah, Allah jaga kita.

Kredit: FB Hakim Mohd Nor

PKPRezekiCovid19Duduk rumah
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });