Benarkah Covid19 Tanda Munculnya Dajjal dan Hari Kiamat?


Kalau hari itu covid 19 dikaitkan dengan angka 3333, kali ni ada pula yang kaitkan dengan hari kiamat dan Dajjal.  Ingat jangan sampai kita keliru dan akhirnya tersesat.

Ayuh kita ikuti ulasan PU Syed tentang isu ini:

“Ramai yg kaitkan Covid-19 dengan kemuculan Dajjal dan dekatnya Hari Kiamat dgn kita, adakah ianya benar?
Semua tanda² Kiamat, samada kecil atau besar adalah suatu yg pasti berlaku dan akan tiba walaupun tanpa wujudnya wabak seperti Covid-19.

Pernah berlaku wabak penyakit Taun di Syam pd zaman Khalifah Saiduna 'Umar Radhiyallahu Anhu, sehingga ada antara para sahabat yg meninggal dunia akibat Taun, seperti Saidina Muaz bin Jabal Radhiyallahu Anhu

Di zaman kita sekarang ramai sgt yg "terlajak" dalam nak mengajak manusia supaya insaf dan kembali sedar atas dosa serta perlakuan dosa yg dibuat oleh mereka dgn cara menakut²kan mereka melalui "perkhabaran" yg dipetik di luar konteksnya, sehingga tahap berdusta

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri pernah ditanya ttg Hari Kiamat, namun Baginda mengakui yg Baginda tidak mengetahuinya kecuali menyebut tanda²nya shj sebagai amaran awal utk ummatnya.

Kita boleh menyebarkan berita² ttg kedatangan hari Kiamat dengan tanda²nya, namun jangan mereka² sesuatu perkhabaran, walaupun atas niat yg baik, bahkan lebih teruk bila disandarkan kpd Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam

Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah menyebut

من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
"Sesiapa berdusta keatasku secara sengaja, maka siapkanlah tempatnya di Neraka" (Imam al Bukhari No 1229)

Namun apa yg sedang berlaku ini adalah sebagai tanda kekuasaan Allah 'Azzawajalla

Ianya hadir disebabkan tangan² manusia yg durjana, yg sering melakukan kerosakkan di atas muka bumi ini

Wabak Covid-19 ini juga adalah sebagai ujian buat setiap mukmin manakala buat yg kufur dan ingkar ianya adalah sebagai balasan terhadap mereka supaya kembali patuh kepada Allah 'Azzawajalla

Tugas kita sekarang adalah utk teruskan hidup dengan berhati² dan menjadi seorang Muslim yg bukan shj cuba mengelakkan diri dari dijangkiti virus Covid-19, namun lebih dari itu semoga terhindar dari dihinggapi oleh azab Allah Azzawajalla di Dunia dan di Akhirat nanti.”


#AdeAmbeTakut
#BiarTahuJanganDokTahu

Covid19kiamatdajjal
ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA
googletag.cmd.push(function () { googletag.display('KMK_KaryaBestari_ROS_Interstitial-0'); });