0

KARYA BESTARI

Karya Bestari merupakan salah satu daripada anak syarikat Kumpulan Media Karangkraf. Ditubuhkan pada 1978. Bermula sebagai penerbit buku rujukan. Sehingga tahun 2010 kami mengorak langkah ke hadapan dengan menerbitkan buku-buku berkaitan agama secara agresif dan intensif.

Hari ini, Karya Bestari berinovasi dengan menambah lagi jalur penerbitan. Melihat sambutan yang sangat memberangsangkan Tim R&D ditubuhkan bagi menyokong dan menambah baik kualiti penerbitan. Tim R&D Penerbitan Al-Quran inilah yang telah menjalankan penyelidikan bagi memastikan inovasi konten al-Quran yang diterbitkan oleh Karya Bestari kekal asli dan terjaga keharmoniannya tetapi dalam masa yang sama memberi inovasi al-Quran nafas baharu dalam proses pembelajaran. Semua al-Quran yang diterbitkan oleh Karya Bestari telah mendapat kelulusan dan telah disemak oleh Lajnah Tasheh al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia.

Seiring dengan perkembangan masa dan teknologi, Karya Bestari tidak ketinggalan dalam mengemaskini promosi dan berita tentang produk terbaru disaluran media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok.