Road to Ramadan- Senarai Buku wajib Anda Miliki Sebagai Persiapan Menyambut Bulan Istimewa

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Ramadan. Satu bulan istimewa yang amat dinanti oleh seluruh umat Islam di dunia. Bulan yang pahalanya berganda-ganda bahkan bulan yang dijanjikan ganjaran yang tidak diberikan pada bulan lain.

 

Sudahkah kita bersiap sedia menyambut ketibaan Ramadan yang mulia ini?

 

Di sini kami senaraikan bahan bacaan yang wajib berada di rak bacaan anda sebagai persediaan menyambut Ramadan dan meraikan ketibaannya dengan kefahaman yang sempurna terutama dari aspek keilmuwan.

 

Semoga kita semua dapat menghidupkan Ramadan tahun ini dengan melakukan banyak perbuatan amal dan kebajikan yang berpanjangan.

 

  • KITAB RIYADUSALIHIN

 

Riyadus Solihin adalah sebuah kitab yang menghimpunkan hadis-hadis daripada Kutubus Sittah iaitu enam kitab hadis yang paling utama dalam Islam. Kitab ini telah dijadikan pegangan selama ratusan tahun bagi para ulama dan penuntut ilmu kerana kedudukan ilmiah yang dimiliki oleh pengarang sendiri dan pemahamannya yang tinggi terhadap sunnah Rasulullah.

Isi kandungannya meliputi bimbingan yang dapat membina jiwa dan kekuatan untuk menghiasi kehidupan dengan amal kebaikan. Selain itu, naskhah ini menyentuh keperluan setiap aspek peribadi seorang Muslim dan hubungan dalam masyarakat. Tidak dinafikan kitab ini menjadi panduan dalam persediaan kita menuju Akhirat yang kekal abadi.

 

Boleh dapatkan kitab tersebut di sini https://mall.karangkraf.com/riyadus-solihin.html

 

  • Bulughul Maram

 

Kitab Bulughul Maram min Adillati al-Ahkam, Karya Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalani ini merupakan sebuah hukum fiqh yang dianggap paling praktikal untuk membimbing tatacara ibadah seorang muslim dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Bahkan ia dianggap merentasi mazhab sehingga mampu diterima semua.

Boleh dapatkan kitab tersebut di sini:

https://mall.karangkraf.com/bulughul-maram.html

 

  • Doa dan Zikir Harian Rasulullah

Naskhah ini merupakan himpunan doa dan zikir harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Ia diambil daripada hadis-hadis sahih dan meliputi semua aktiviti harian. Dilengkapi juga dengan fadilat doa yang khusus agar kita lebih menghayati dan bermotivasi untuk sentiasa berdoa.

 

Boleh dapatkan kitab tersebut di sini:

https://mall.karangkraf.com/doa-zikir-harian-rasullulah.html

 

  • Minhajul Muslim

Merupakan rujukan terlengkap dan tersusun bagi setiap orang Islam. Inilah salah satu keistimewaan yang terdapat dalam buku ini. Ia meliputi segenap aspek dalam kehidupan seorang muslim sama ada dalam perkara-perkara usul (dasar) mahupun furu’ (cabang).

 

Boleh dapatkan kitab tersebut di sini: https://mall.karangkraf.com/minhaj-al-muslim.html

 

  • Sahih Fadail A’mal

 

Mengetahui ilmu Fadail A’mal adalah satu perkara yang penting dalam Islam.
Ini kerana dengan mengetahui kelebihan atau ganjaran bagi sesuatu amal perbuatan, manusia terdorong untuk melaksanakan suruhan Allah SWT dan meninggalkan setiap larangan-Nya.

Sebaliknya, jika kita tidak mengetahui akan ilmu ini maka ia menyebabkan lahirnya generasi yang hanya tahu akan hukum hakam dalam Islam tetapi malas serta tidak mahu untuk beramal dengannya.

 

Boleh dapatkan kitab tersebut di sini:

https://mall.karangkraf.com/sahih-fadail-a-mal.html

 

 

BUKU BERKAITAN
    ANDA MUNGKIN SUKA